Jumaat, 5 Disember 2008

11 kenderaan musnah akibat tanah runtuh

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Sebanyak 11 buah kenderaan di kawasan meletak kereta di antara bangunan Commerce Square dan bangunan Amanah Raya Berhad milik CIMB di Jalan Semantan di sini, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang ini.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada pukul 5.15 petang itu.
Hujan lebat sejak pukul 2 petang tadi dipercayai menyebabkan tanah di kawasan itu runtuh dan meranapkan dinding konkrit setinggi 21 meter di kawasan meletak kereta itu.
Difahamkan kawasan meletak kereta tersebut disewa kepada Syarikat ZNS Enterprise Sdn. Bhd., khusus untuk kegunaan kakitangan serta pelawat CIMB.

MUSNAH... Kejadian tanah runtuh di tempat letak kereta terbuka bersebelahan bangunan Commerce Square di Jalan Semantan, Damansara, Kuala Lumpur, semalam mengakibatkan dinding konkrit setinggi 21 meter ranap dan menimbus 11 buah kenderaan.

Sumber : Utusan Malaysia

DeepValley terpanggil untuk memberi komen tentang berita ini kerana kejadian ini berlaku disebabkan oleh hujan yang lebat disamping aliran air dari bukit tersebut. Bayangkan pula kuasa air bersatu dengan angin. Tentu menjadi taufan yang dahsyat dan memberi impak yang lebih besar. Alam semulajadi ini perlu dipelihara dan dipulihara dengan sewajarnya untuk mengembalikan keseimbangan alam. Oleh itu marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan dan menghargai setiap anugerah alam yang Tuhan jadikan untuk dinikmati oleh semua manusia. Fikir-fikirkan lah.

3 ulasan:

Gerrard berkata...

pembangunan yang begitu pesat belaku disekeliling kita sehingga kita terdedah kepada bahaya yang tidak dapat dijangka...

Atahbiki berkata...

kejadian itu ada pengajaran. ada orang yang duduk tinggi ada yang duduk rendah. orang duduk tinggi tidak semestinya terus dalam keadaan selesa. satu hari akan menggelonsor jatuh ke bawah macam tanah yang runtuh. tapi jangan lupa yang mungkin bertambah malang yang duduk bawah, sudahlah duduk bawah macam kereta kemudian remuk ditimpa yang duduk tinggi.Moral of the story dalam apa jua keadaan kenalah berhati....takut-takut diruntuhkan atau terkena runtuhan.

Tanpa Nama berkata...

kenderaan jer yang musnah .. kalau nyawa?? huuu .. tak ke naya .. salam kenal .. ;)