Khamis, 26 November 2009

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KOMUNITI BESTARI PPR SRI PANTAI KE PULAU PANGKOR

Lawatan sambil belajar komuniti BESTARI PPR Sri Pantai ke Pulau Pangkor anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuaan mendapat sambutan yang baik dari ahli KB tersebut dimana dapat menambah pengetahuan .Semasa dalam perjalanan kami juga sempat melawat kilang BERNAS dan KB Kampung Tiram Jaya di Tanjung Karang dengan kerjasama yang mengalakkan dari  fo dan ahli KB tersebut .

Semasa membuat lawatan ke kilang BERNAS kami diberi sedikit sebanyak maklumat berkaitan cara dan kaedah memprosesan padi oleh pengusaha kilang padi tersebut,malah pengerusi KB PPR Sri Pantai En Badrillah Abdullah  juga menyampaikan ucapan terima kasih atas kesudian beliau bagi membenarkan membuat lawatan di kilang BERNAS .

Lawatan ke kilang memprosesan padi BERNAS bagi melihat sendiri mesin memprosesan padi dijalankan .

Bersama fo P.pinang dan Tanjung Karang semasa membuat lawatan ke KB Kampung Seri Tiram Jaya .Mendapat kerjasama yang baik dari pengerusi KB dan juga penduduk setempat di kawasan tersebut .

Gambar ahli komuniti BESTARI PPR Sri Pantai di jeti Pulau Pangkor .

Rabu, 25 November 2009


Bersama ahli KB menaiki feri menuju ke Pulau Pangkor , sempat juga makcik kita berposing di hadapan kamera ( topi merah ).

Permandangan di Pulau Pangkor yang indah .

Isnin, 16 November 2009

INFO BESTARI KOMUNITI BESTARI TAMAN PASIR PERMATA PARLIMEN LEMBAH PANTAI WPKL

Pakar Teh Tarik nampak siap sedia ...........

Urus Setiapun cuba juga ....... hadiah coform dapat
.




Akhir dapat juga hero Pasir Permata kita ini rilek dengan gaya machonya (berbaju kuning)

Lokasi INFO BESTARI yang indah




Sukaneka lebih meriah dengan penyertaan semua lapisan masyarakat di Taman Pasir Permata



Cuba kehebatan beliau untuk rebut hadiah pertama .......


Gambar kenangan Jawatankuasa INFO BESTARI TAHUN 2009






KOMUNITI BESTARI Taman Pasir Permata di kawasan Parlimen Lembah Pantai telah berjaya melaksanakan satu lagi program komuniti yang lebih dikenali sebagai INFO BESTARI 2009. Dengan berbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat berbilang kaum ia berjaya diadakan pada 8 November 2009 mulai jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Perasmian INFO BESTARI telah disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Kawasan Parlimen Lembah Pantai/Segambut pada jam 10.00 pagi dan acara kemuncaknya ialah Penyerahan set komputer kepada pengerusi Komuniti BESTARI Taman Pasir Permata saudara Hamdan.


Acara-acara lain yang telah diadakan ialah Pameran Jabatan/ Agensi Kerajaan seperti AADK, Syabas, JKJR dan Smart Learning. Dalam masa yang sama sukaneka, cabutan bertuah serta pertandingan teh tarik brirama telah diadakan dengan berbagai hadiah menarik.



Deepvalley49 ingin dapatkan pandangan serta cadangan positif kearah menjalankan program ini pada tahun 2010 dengan lebih efektif lagi. AJK Komuniti BESTARI serta para penduduk Taman Pasir Permata dijemput mengemukakan cadangan untuk melaksanakan acara tahunan ini benar-benar lebih berkesan lagi.

Jumaat, 13 November 2009

PROGRAM INFO BESTARI KOMUNITI BESTARI PPR SRI PANTAI/PANTAI RIA

PENGHUNI PPR SRI PANTAI/PANTAI RIA MELAWAT PAMERAN DAN MENYERTAI DALAM ACARA SUKANEKA


SETIAUSAHA POLITIK MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG ACARA SUKANEKA,



SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI MELAWAT GERAI PAMERAN RELA BERSAMA PEGAWAI PENERANGAN KAWASAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI/SEGAMBUT.



GAMBAR KENANGAN BERSAMA TETAMUJEMPUTAN KETIKA PROGRAM INFO BESTARI KOMUNITI BESTARI PPR SRI PANTAI TAHUN 2009





Pejabat Penerangan Kawasan Parlimen Lembah Pantai dan Segambut bersama KOMUNITI BESTARI PPR SRI PANTAI/ PANTAI RIA telah berjaya melaksanakan program tahunan INFO BESTARI pada 1 November 2009 - Hari Ahad. Program tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi telah tamat pada jam 6.00 petang dengan berbagai aktiviti menarik. Pameran dan Perkhidmatan Kaunter diadakan dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya WP.Kuala Lumpur (JKJR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan WP Kuala Lumpur (AADK), Pusat Maklumat Rakyat Kuala Lumpur, Smart Learning dan Rakan Muda WP. Kuala Lumpur. Setiausaha UMNO Bahagian Lembah Pantai telah hadir dan berucap dalam program ini dan seterusnya melawat ke pondok pameran. Sementara itu Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan turut hadir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Sukaneka. Pada sebelah petang acara padang seperti teh tareh berirama, acara masakan, sukaneka kanak-kanak serta acara dewasa telah diadakan. Cabutan bertuah turut diadakan sebagai acara khas dengan berbagai hadiah menarik. Program INFO BESTARI yang buat kali pertama diadakan di PPR Sri Pantai/Pantai Ria mendapat sambutan yang sangat baik dari masyarakat berbilang kaum. Para penghuni PPR juga diberi peluang untuk menjual produk mereka.

Deepvalley49 mengalu-alukan pandangan dan cadangan dari AJK/Ahli Komuniti BESTARI PPR Sri Pantai/ PPR Pantai Ria serta penghuni PPR di Lembah Pantai untuk menambah baik Program INFO BESTARI pada tahun 2010.