SETIAUSAHA POLITIK MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG ACARA SUKANEKA,
SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI MELAWAT GERAI PAMERAN RELA BERSAMA PEGAWAI PENERANGAN KAWASAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI/SEGAMBUT.
GAMBAR KENANGAN BERSAMA TETAMUJEMPUTAN KETIKA PROGRAM INFO BESTARI KOMUNITI BESTARI PPR SRI PANTAI TAHUN 2009
Pejabat Penerangan Kawasan Parlimen Lembah Pantai dan Segambut bersama KOMUNITI BESTARI PPR SRI PANTAI/ PANTAI RIA telah berjaya melaksanakan program tahunan INFO BESTARI pada 1 November 2009 - Hari Ahad. Program tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi telah tamat pada jam 6.00 petang dengan berbagai aktiviti menarik. Pameran dan Perkhidmatan Kaunter diadakan dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya WP.Kuala Lumpur (JKJR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan WP Kuala Lumpur (AADK), Pusat Maklumat Rakyat Kuala Lumpur, Smart Learning dan Rakan Muda WP. Kuala Lumpur. Setiausaha UMNO Bahagian Lembah Pantai telah hadir dan berucap dalam program ini dan seterusnya melawat ke pondok pameran. Sementara itu Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan turut hadir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Sukaneka. Pada sebelah petang acara padang seperti teh tareh berirama, acara masakan, sukaneka kanak-kanak serta acara dewasa telah diadakan. Cabutan bertuah turut diadakan sebagai acara khas dengan berbagai hadiah menarik. Program INFO BESTARI yang buat kali pertama diadakan di PPR Sri Pantai/Pantai Ria mendapat sambutan yang sangat baik dari masyarakat berbilang kaum. Para penghuni PPR juga diberi peluang untuk menjual produk mereka.
Deepvalley49 mengalu-alukan pandangan dan cadangan dari AJK/Ahli Komuniti BESTARI PPR Sri Pantai/ PPR Pantai Ria serta penghuni PPR di Lembah Pantai untuk menambah baik Program INFO BESTARI pada tahun 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan