Tindakan kerajaan campuran Selangor menaikkan kadar sewa rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 tidak wajar dilakukan memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu masa kini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, walaupun pihaknya telah memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sesuatu kawasan untuk menguruskan hal berkaitan rumah PPR, itu tidak bermakna kerajaan negeri boleh menaikkan kadar sewa rumah tanpa memikirkan kebajikan rakyat.
Rumah PPR adalah rumah mampu milik yang ditawarkan untuk golongan yang layak, jadi tindakan kerajaan Selangor menaikkan kadar sewa rumah itu telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk terlibat.
DeepValley tidak setuju dengan tindakan kerajaan Selangor menaikkan kadar sewa ini. Tindakan ini jelas tidak membantu rakyat yang berpendapatan rendah. Dengan peningkatan taraf hidup dan kos hidup yang tinggi di bandar, DeepValley rasa wajar jika kerajaan Selangor menimbang semula keputusan untuk menaikkan kadar sewa tersebut bagi mengelak sesuatu yang lebih buruk berlaku. Fikir-fikirkan lah.
Jumaat, 5 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Hai jejari, masih tanah runtuh ke?
Catat Ulasan