Rabu, 3 Disember 2008

Hari Keluarga 2008

Pada 29-30 November 2008, satu program Family day telah dianjurkan bertempat di Cameron Highland. Maka berduyun-duyun lah kawan2 DEEPVALLEY membawa family masing-masing ke sana. Perjalanan ke sana amat mencabar memandangkan jalan yang penuh dengan selekoh tajam dan licin (dalam keadaan hujan). Jika diikutkan masa sebenar perjalanan hanya mengambil masa sejam je dari Tapah. Tapi pada hari tu ada kejadian tanah runtuh dan kami tersangkut dalam 'jammed' selama 3 jam!! fuh! Walau pun kami semua penat menunggu tapi disebabkan semangat yang tinggi kami tunggu jugak :)


Ini gambar masa tersangkut dalam 'jammed'..



Ini lah lokasi berlakunya tanah runtuh tu. Dengar cerita ada kereta yang tersangkut dalam tanah runtuh tu. Mudahan tiada melibatkan kehilangan nyawa.

Pelbagai acara telah disediakan oleh urusetia sepanjang 3 hari disana antaranya sukaneka, pertandingan karaoke dan sebagainya. Upacara perasmian pula telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Tn. Hj. Zaharin Bin Zainudin. Pada malam tersebut telah diadakan anugerah bagi menghargai jasa anggota yang telah berkhidmat dengan cemerlang. Sebanyak 5 anugerah utama disediakan dan yang paling membanggakan ialah salah satu anugerah tersebut adalah milik Pembantu Penerangan Parlimen Lembah Pantai / Segambut iaitu En. M.Krishnan. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan pengarah sendiri kepada beliau. Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga ianya menjadi peransang kepada En. M. Krishnan dan staff yang lain untuk bekerja lebih keras lagi.

Gambar En. M. Krishnan menerima Anugerah Inovasi dari Tuan Pengarah Tn. Hj. Zaharin Bin Zainudin.


En. M. Krishnan telah berkhidmat selama 26 tahun dan merupakan bapa kepada 2 orang anak. Beliau merupakan seorang kakitangan yang gigih dan berdaya saing. Pernah berkhidmat dalam pelbagai Bahagian di tempat beliau bekerja. Sesungguhnya pengalaman luas yang beliau miliki amat ditagih oleh kakitangan baru dan menjadi contoh kepada yang lain. Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada beliau.

Tiada ulasan: