Isnin, 22 Mac 2010

PROGRAM UNTUK MU RAKYAT PARLIMEN LEMBAH PANTAI BIL 1/2010

Program Untuk Mu Rakyat bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai telah diadakan pada 20 Mac 2010- Sabtu di tapak Pasar Malam Pantai Dalam. Progarm bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 11.00 malam. Program pertama bagi Kawasan Parlimen lembah pantai dan Segambut tahun 2010 ini sangat meriah dengan kehadiran ramai pelanggan dari luar dan dalam kawasan Lembah Pantai.

Tayangan Layar Bestari telah diadakan mulai jam 9.00 malam hingga 10.30 malam dengan cerita Jangan Pandang Belakang Congkah. Walaupun kawasan Pasar malam tersebut berhampiran dengan Midvelly tetapi masih ramai penduduk tempatan menonton sambil membeli-belah. Edaran penerbitan Jabatan serta poster diadakan oleh anggota dari Kawasan Parlimen Lembah Pantai/Segambut dan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pejabat Penerangan kawasan Parlimen lembah Pantai/ Segambut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Pasar Malam Pantai Dalam, Cawangan PKMP, PMR WPKL dan semua pihak yang telah menjayakan program pertama tersebut.

Tiada ulasan: