PEGAWAI PENERANGAN KAWASAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI & SEGAMBUT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENYAMPAIKAN UCAPAN KEPADA AHLI KELAB SETIA SMK. SRI PANTAI SERTA BERDIALOG BERSAMA MEREKA.
SMK SRI PANTAI MERUPAKAN SEKOLAH PERTAMA YANG TELAH BERJAYA MENGADAKAN PILIHANRAYA KELAB SETIA BAGI TAHUN 2010. PROGRAM BERMULA DENGAN TAKLIMAT KELAB SETIA OLEH URUS SETIA KELAB SETIA NEGERI KEPADA PARA AHLI KELAB SETIA PADA 19 FEBRUARI 2010 MULAI JAM 3.00 PETANG. PPK KAWASAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI & SEGAMBUT TELAH MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS DAN BERDIALOG DENGAN AHLI KELAB SETIA SEKOLAH TERSEBUT. KEHADIRAN PENGETUA SEKOLAH SMK. SRI PANTAI PADA HARI PENGUNDIAN TELAH MEMERIAHKAN LAGI PERJALANAN PROGRAM PERTAMA 2010.
PILIHANRAYA TELAH BERMULA PADA JAM 4.00 PETANG DENGAN KEHADIRAN GURU PENOLONG KANAN KO-KORIKULUM DAN PENGUNDIAN TELAH BERJALAN DENGAN LANCAR. WALAUPUN KEMPEN BERJALAN SECARA SEDERHANA TETAPI MERIAH SEHINGGA SEMUA JAWATAN TELAH DIPERTANDINGKAN. PEJABAT PENERANGAN KAWASAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI / SEGAMBUT MERAKAMKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PIHAK YANG BERJAYA DALAM PILIHANRAYA KELAB SETIA UNTUK PENGGAL 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan