Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada pukul 5.15 petang itu.
Hujan lebat sejak pukul 2 petang tadi dipercayai menyebabkan tanah di kawasan itu runtuh dan meranapkan dinding konkrit setinggi 21 meter di kawasan meletak kereta itu.
Difahamkan kawasan meletak kereta tersebut disewa kepada Syarikat ZNS Enterprise Sdn. Bhd., khusus untuk kegunaan kakitangan serta pelawat CIMB.
MUSNAH... Kejadian tanah runtuh di tempat letak kereta terbuka bersebelahan bangunan Commerce Square di Jalan Semantan, Damansara, Kuala Lumpur, semalam mengakibatkan dinding konkrit setinggi 21 meter ranap dan menimbus 11 buah kenderaan.
Sumber : Utusan Malaysia
DeepValley terpanggil untuk memberi komen tentang berita ini kerana kejadian ini berlaku disebabkan oleh hujan yang lebat disamping aliran air dari bukit tersebut. Bayangkan pula kuasa air bersatu dengan angin. Tentu menjadi taufan yang dahsyat dan memberi impak yang lebih besar. Alam semulajadi ini perlu dipelihara dan dipulihara dengan sewajarnya untuk mengembalikan keseimbangan alam. Oleh itu marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan dan menghargai setiap anugerah alam yang Tuhan jadikan untuk dinikmati oleh semua manusia. Fikir-fikirkan lah.